Showing posts with label sharing is loving. Show all posts
Showing posts with label sharing is loving. Show all posts

Saturday, November 22, 2008

berfikir sejenak...


'Penantian satu penyiksaan'. Cukup sekadar 3 perkataan itu rasanya setiap y bergelar manusia mengakui kebenaran kuasa ayat itu.... tetapi bagi aku setiap y terjadi ada sebab musababnya (hikmah). Dalam penantian semalam aku dpt membeli sesuatu y bagiku sgt berharga. "BUKU". Sementara menanti aku sempat membaca serba sedikit...dan tertarik dgn sesuatu y membuka minda.


"jika saya berjumpa dgn seseorg (iaitu diri saya sendiri) yang mmpunyai karakteristik, kelakuan dan sikap seperti y saya miliki itu adakah sy sanggup mengahwininya???"


dan arahan sang penulis nilai diri anda y sekarang bukan akan datang... hmm..adakah aku sanggup mengahwini diri aku sendiri??? Bagi aku kaedah ini menarik untuk digunakan bagi soalan2 lain. Cth: "Mahukah aku berkawan dgn diri aku sendiri?", "Bolehkah aku mempercayai diri aku sendiri?", "Mahukah aku mempunyai anak seperti aku sendiri?" dan jawapannya mmg sgt2 kelakar...:) dan terbukti aku perlu perbaiki diri..


"bagi sesiapa yang mahu diantara kamu, hendak maju ke depan atau mundur ke belakang - tiap2 diri manusia tergadai (terikat) disebabkan oleh USAHANYA." -Al-Muddatstsir 74:37-38


Ini kaedah menarik menilai diri sendiri... Kita perlu bertanggungjawab ke atas semua tindakan kita. Yup! aku perlu lebih BERUBAH!!!


"Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah swt, wahai org2 y beriman, supaya kamu BERJAYA" -An-Nur 24:31