Tuesday, December 30, 2008

MALU

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipudaya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas- batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.
JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA.
Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !
"Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri
dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan
kita dari fahsyar wal mungkar!!!

Saturday, December 27, 2008

pERMAIDANI pUTIH


Rimbun dan redup kasihMu

Kau tempat ku berpayung

Di manakah lagi dapat ku rebahkan

Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana

Pengasih dan penyayang

Pun ku masih terleka

Meneguk ihsanMu

Walau ku sedari

Oh... nyamannya

Bila diperlukan rinduMu

Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani

Dari baldu berwarna putih

Moga tak ku cubaan yang ku galas ini

Kepada Mu titianku

Hijrahkanlah diri ini

Wednesday, December 3, 2008

It's not bad...You have been selected!!!







"kerisauan tidak menghapuskan kedukaan hari esok, ianya menghapuskan kekuatan hari ini' ~corrie ten boom~

TEPAT!!! setuju aku dgn kata2 ini... Org y risau sentiasa berada dlm keadaan putus asa y bpanjangan, dan ini mungkin menjadikannya putus harapan dan tidak mmpunyai semangat utk hidup dimasa hadapan....
Pelbagai masalah dilalui sbnrnya akan sgt memberi kekuatan kpd kita. Tidak ada manusia dilahirkan tanpa rasa sakit. Cuba kita bayangkan sorg bayi dilahirkan tanpa mengalami @ merasa kesakitan.... digigit semut dia ketawa... terjatuh dia senyum... terpijak duri dia x rasa berbisa.. itu kesakitan kecil..bagaimana sekiranya.. sakit kronik pun dia masih boleh tersenyum... sehingga ibu n ayah x dpt mengesan dia sedang sakit. errrrmmm... susahkan...kalau x sakit pun???
Bersebabkan Allah cipta sakit buat kita. sebenarnya when anything bad happens it's not that God angry to us... it's not that we have earn punished or something. It's that we have been choosen. We have been selected to have all the sadness, difficulties, obstacles etc. It's the way how god want to creat us to become someone great in the future. And this is my standing... my principles.

Sebaik2 manusia, adalah manusia y memberi manfaat kepada manusia.

Friday, November 28, 2008

Allahyarhamah Aizah bt Yeop Abd Rahman


kau srikandiku...

setiap kali mengingatimu air mata ini pasti gugur laju mengalir....

Opah mmg srikandi dalam jiwa chik dari dulu , hari ini, esok dan pastinya sehingga kita bersemadi bersama. Masih kuat lagi dalam ingatan ini... semua kenangan kita pah.. tiap2 malam pah pasti xjemu panggil chik balik rumah pah, cepat2 tido esok nk sekolah..kdg2 tu baru pukul 9mlm dah suruh tido.. pah kate lepas mkn kat rumah mak terus balik rumah pah, jgn tgk tv nnt xpandai belajo. Kdg2 chik nk tgk tv pun x senang..selang seminit dua pah panggil lagi. Bile chik balik rumah pah seperti biasa pah pesan tutup pintu rapat2, sendal kain kat bwh pintu nnt katak masuk..kdg2 chik sampai bengang je sebab dah hafal pun ape y pah pesan...tiap2 malam mcm tu..chik tau la nk buat.. tp esoknye pah pesan jugak.. pah x kisah pun cucu pah sorg ni melawan. Pastu bile chik masuk je bilik pah pesan lg..kemas buku sekolah lepas tu tido terus. Cepat2 tutup lampu.. semua cucu pah tau pah mmg kedekut (sebenarnye berjimat) selagi xtutup lampu selagi tu la pah bising.. klu pasang kipas pun nnt bile chik dah lena pah tutup pelan2. Cucu pah yang lain selalu je bengang. Tp chik dah biase... (sampaikan skg ni pun chik rase lemas klu tido pakai kipas spjg malam) bile dah tutup lampu pah mule buka cerita, kdg2 chik kutuk dlm hati - td panggil balik tido cpt, tp skg nk bercerite la plk..tp chik layan je.. sbb cerite pah best.. mcm2 pah cerita.. cerita mase pah mude2 mcm mane, zaman jepun ade pah conteng muke sebab takut jepun suke..(sebab pah saba ckp pah mmg cantik n jd rebutan - tp pah xpernah cite camtu sbb pah bkn jenis suke bangga diri)...cerita mase dulu2 pah kerja ape.. pah pernah jadi AP (assistance police) pah pernah jadi org gaji kat rumah org, pah pernah tanam padi..mcm mane keadaan pah besarkan anak2 tanpa kehadiran seorg suami.. mcm2 lg y pah cerita..
Pagi2 pah kejutkan chik awal2 pagi lg..chik mmg antara bdk kg y bangun awal pagi..sampai pernah jugak pah kejutkan chik pukul 12.30 mlm pah kate dah pukul 6 pagi.... hahahahaha yang lawaknye chik ni mamai2 bangun je siap dah balik rumah mak lg.. pastu tgk motor bpk ade lg.. mcm pelik je??? bpk xpegi kedai lg ke?? rupenye pah salah tgk jam... tiap2 hari sekolah chik bangun pukul 5.30pg. Sampai chik dah biase pah. (Alhamdulillah skg ni pun chik sng bangun pg. Ini semua jasa pah.) sebelum pergi sekolah pah tunggu kat depan pintu tunggu cucu pah salam.. pastu pah akan pastikan muka dah ade bedak.. :) Pah mmg mementingkan kebersihan n kekemasan.. Pah suka kan benda2 cantik, bau2 wangi... klu chik beli baju baru chik mesti tanye kat pah cantik x? dan jwpn pah pastinya pujian... ade lagi pulak tu kat blkgnye.. "cantik...lawa benor2 pandei cucu pah pilih..simpan2" Pah suke suruh simpan benda2 baru.. Kalau org kasi kain batik pah suka simpan dan pah pakai je y lame2.. Pah nak tau mase pah kembali padaNya.. semua kain2 pah anak2, cucu pah amik buat kenangan.. tp chik amik yang lame2 sebab chik nk ade kenangan pah y tinggal pd chik.. kain tu chik selalu pakai.. (aku xdpt teruskan, air mata dah deras sgt mengalir)

Saturday, November 22, 2008

berfikir sejenak...


'Penantian satu penyiksaan'. Cukup sekadar 3 perkataan itu rasanya setiap y bergelar manusia mengakui kebenaran kuasa ayat itu.... tetapi bagi aku setiap y terjadi ada sebab musababnya (hikmah). Dalam penantian semalam aku dpt membeli sesuatu y bagiku sgt berharga. "BUKU". Sementara menanti aku sempat membaca serba sedikit...dan tertarik dgn sesuatu y membuka minda.


"jika saya berjumpa dgn seseorg (iaitu diri saya sendiri) yang mmpunyai karakteristik, kelakuan dan sikap seperti y saya miliki itu adakah sy sanggup mengahwininya???"


dan arahan sang penulis nilai diri anda y sekarang bukan akan datang... hmm..adakah aku sanggup mengahwini diri aku sendiri??? Bagi aku kaedah ini menarik untuk digunakan bagi soalan2 lain. Cth: "Mahukah aku berkawan dgn diri aku sendiri?", "Bolehkah aku mempercayai diri aku sendiri?", "Mahukah aku mempunyai anak seperti aku sendiri?" dan jawapannya mmg sgt2 kelakar...:) dan terbukti aku perlu perbaiki diri..


"bagi sesiapa yang mahu diantara kamu, hendak maju ke depan atau mundur ke belakang - tiap2 diri manusia tergadai (terikat) disebabkan oleh USAHANYA." -Al-Muddatstsir 74:37-38


Ini kaedah menarik menilai diri sendiri... Kita perlu bertanggungjawab ke atas semua tindakan kita. Yup! aku perlu lebih BERUBAH!!!


"Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah swt, wahai org2 y beriman, supaya kamu BERJAYA" -An-Nur 24:31

Friday, November 21, 2008

Belive in YOURSELF


Believe in what makes you feel good

and what makes you happy.

Believe in the dreams

you've always wanted

to come true...

and give them every chance to.

If you are willing to take

the opportunities you are given

and utilize the abilities

you have,you will constantly fill

your life with special moment

and unforgettable times

No one knows the myteries

of lifeor its ultimate meaning,

but for those who are willing

to believe in their dreams

and in themselves

life is a precious gift

in which anything is possible

Monday, November 17, 2008

percubaan


percubaan posting pertama