Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipudaya nafsu.
Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas- batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.
JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA.
Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !
"Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri
dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan
kita dari fahsyar wal mungkar!!!
Tuesday, December 30, 2008
Saturday, December 27, 2008
pERMAIDANI pUTIH

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini
Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari
Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini
Wednesday, December 3, 2008
It's not bad...You have been selected!!!


"kerisauan tidak menghapuskan kedukaan hari esok, ianya menghapuskan kekuatan hari ini' ~corrie ten boom~
TEPAT!!! setuju aku dgn kata2 ini... Org y risau sentiasa berada dlm keadaan putus asa y bpanjangan, dan ini mungkin menjadikannya putus harapan dan tidak mmpunyai semangat utk hidup dimasa hadapan....
Pelbagai masalah dilalui sbnrnya akan sgt memberi kekuatan kpd kita. Tidak ada manusia dilahirkan tanpa rasa sakit. Cuba kita bayangkan sorg bayi dilahirkan tanpa mengalami @ merasa kesakitan.... digigit semut dia ketawa... terjatuh dia senyum... terpijak duri dia x rasa berbisa.. itu kesakitan kecil..bagaimana sekiranya.. sakit kronik pun dia masih boleh tersenyum... sehingga ibu n ayah x dpt mengesan dia sedang sakit. errrrmmm... susahkan...kalau x sakit pun???
Bersebabkan Allah cipta sakit buat kita. sebenarnya when anything bad happens it's not that God angry to us... it's not that we have earn punished or something. It's that we have been choosen. We have been selected to have all the sadness, difficulties, obstacles etc. It's the way how god want to creat us to become someone great in the future. And this is my standing... my principles.
Sebaik2 manusia, adalah manusia y memberi manfaat kepada manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)